Senarai Artikel

Isnin, 10 April 2017

DAP Serang Rahman Dahlan Projek Kondominium Mewah Ditangguh, Teresa Kok Yang Beli Tak 'Complain' Pun


KUALA LUMPUR: Dua ahli DAP baru-baru ini Satees Muniandy dan P David Marshel baru-baru ini menyerang Datuk Abdul Rahman Dahlan selepas menteri berkenaan meluluskan permohonan penangguhan projek kondominium mewah Palace Court di Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur.

Satees dan David yang membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Abdul Rahman menegaskan seramai 104 pembeli tidak berpuas hati ekoran tidak mendapat pampasan diatas penangguhan projek kediaman mereka yang bernilai antara RM502,000 hingga RM2,060,000 itu.

"Dalam kalangan 400 pembeli, cuma kira-kira 100 pembeli membuat aduan mengenai EOT (penangguhan) sementara yang pembeli lain gembira menerima unit kediaman mereka walaupun ditangguh," kata Naib Presiden Parti Cinta Malaysia, Datuk Huan Cheng Guan.

"Menurut sepucuk surat yang dihantar ke pejabat saya, secara kebetulan, salah seorang daripada pembeli gembira unit kondominium mewah yang diserang oleh ahli DAP itu adalah YB Teresa Kok, yang dilawati SPRM di pejabatnya baru-baru ini," katanya dipetik di Facebook.

Satees dan David sebelum ini mendakwa Abdul Rahman sewaktu berkhidmat sebagai Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah menyalahgunakan kuasanya dengan membenarkan penangguhan projek Palace Court.

Mengulas dakwaan berkenaan, Abdul Rahman menegaskan laporan oleh dua ahli DAP dari Pulau Pinang itu sekadar bermotifkan politik walaubagaimanapun beliau bersedia untuk bekerjasama dengan pihak SPRM.

"Jelas laporan ini bersifat politik, walaubagaimanapun saya memberi jaminan bahawa saya akan memberikan kerjasama penuh kepada SPRM.

Cheng Guan pada postingnya turut memuatnaik surat yang ditandatangani Teresa sendiri bertarikh 26 Januari 2016 yang melepaskan tuntutan pampasan daripada syarikat pemaju, BHL Construction, Sdn Bhd.

Ujarnya, beliau tertanya-tanya berapa unit kediaman yang dimiliki oleh Ahli Parlimen Seputeh dari parti DAP tersebut.

"Saya cuma mahu tanya sahaja. Mana tahu kemudian akan ada lebih banyak dokumen yang akan sampai ke pejabat saya," katanya lagi.

Hujung bulan lepas, dua pegawai SPRM menyerbu pejabat Teresa Kok di Jalan Kuchai Lama berhubung pendedahan isu penyalahgunaan dana Skim Mesra Usia Emas (SMUE) dibawah pentadbiran Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS).

Dua pegawai berkenaan membawa bersama waran geledah meminta Teresa menyerahkan dokumen asal berhubung dana berkenaan.

Via - Malaysian Digest http://www.malaysiandigest.com/bahasa-malaysia/668524-dap-serang-rahman-dahlan-projek-kondominium-mewah-ditangguh-teresa-kok-yang-beli-tak-complain-pun.html

Published on Monday, 10 April 2017 11:13

Tiada ulasan:

Catat Ulasan