Senarai Artikel

Ahad, 12 Mac 2017

Jangan Cabar Keharmonian Kaum Teresa Kok



Saya sebenarnya cukup kesal dengan tindakan Teresa Kok semalam yang telah menjadi viral di media sosial semalam. Saya benar-benar hairan, bagaimana seorang ahli politik, dapat diangkat sebagai wakil rakyat sedangkan sikap dan cara berpolitiknya jelas cukup menjengkelkan.

Secara peribadi, saya cukup malu dengan cara Teresa Kok sanggup menceroboh kenduri kahwin sekeluarga kaum Melayu yang sedang berlangsung. Alasan yang diberikan Teresa adalah, ingin mengadakan sidang akhbar di dewan berkenaan untuk membantah pembinaan rumah mampu milik di tapak dewan berkenaan.

Sepatutnya, jika Teresa mempunyai intergriti dan akal, dia boleh sahaja mengadakan sidang akhbar dipejabatnya yang terletak tidak sampai 1 kilometer dari dewan berkenaan. Kenapa dia mahu juga mengganggu kenduri kahwin yang sedang berlangsung untuk menunjukkan kononnya dia prihatin dengan masalah rakyat?

Saya ingin bertanya dengan Teresa, selama beberapa dia menjadi Ahli Parlimen Seputeh, sudah berapa banyak pembangunan yang telah dia bawa untuk dinikmati oleh penduduk di Parlimen berkenaan? Untuk ini, boleh saya katakan, Teresa jangan hanya ambil gaji buta sebagai Ahli Parlimen dia kerana langsung tidak membawa apa-apa perubahan didalam Parlimen yang dipilih.
video


Adakah ini yang diajar oleh Lim Kit Siang selaku pemimpin vateran DAP kepada orang bawahannya untuk saling menghormati antara kaum di negara ini? Adakah Teresa ingin mewujudkan ketegangan kaum seperti mana yang pernah berlaku semasa insiden berdarah penduduk Kampung Ghandi, Kampung Datuk Harun dan Kampung Medan pada 2001?

Suka saya tegaskan bahawa politik hanyalah idealogi. Idealogi pula bukan lesen untuk mewujudkan ketegangan antara kaum seperti yang cuba dilakukan oleh Teresa Kok, Nga Kor Ming dan ramai lagi pemimpin DAP. Jika tidak mampu bekerja, sekurang-kurangnya belajar untuk menjadi seorang rakyat Malaysia, bukan menjadi pencetus pergaduhan antara kaum di negara sendiri. Jangan juga jadi seorang pemimpin yang busuk hati.

Datuk Huan Cheng Guan
Naib Presiden
Parti Cinta Malaysia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan