Senarai Artikel

Selasa, 7 Mac 2017

Huan Cheng Guan Bidas Korea Utara


Parti Cinta Malaysia (PCM) hari ini membidas tindakan kerajaan Korea Utara menghalang rakyat Malaysia dari meninggalkan negara sebagai satu tindakan biadap, tidak bertanggungjawab dan tidak berperikemanusiaan.
Justeru, naib president PCM Huan Cheng Guan memuji ketegasan kerajaan Malaysia dan Perdana Menteri Najib Razak dalam menghadapi sikap tidak bertanggungjawab Pyongyang.
“Malaysia, sebagai negara yang berdaulat, mempunyai hak untuk menjalankan segala siasatan terhadap kes jenayah yang berlaku di tanah air kita.
“Warga Malaysia di Korea Utara, bersama keluarga mereka, tidak terlibat langsung dalam apa-apa kes yang melanggar undang-undang, dan cuma merupakan kakitangan kedutaan.
“Tindakan Pyongyang sememangnya satu tindakan biadap, tidak bertanggungjawab and tidak berperikemanusiaan,” tegas Huan.
Susulan daripada tindakan Korea Utara, Perdana Menteri Najib telah mengeluarkan arahan supaya semua rakyat Korea Utara di Malaysia tidak dibenarkan keluar negara sehingga isu ini diselesaikan secara baik.
Huan berkata Korea Utara wajar menunggu sehingga siasatan kes pembunuhan Kim Jong Nam selesai dan tindakan susulan diambil.
“Tindakan drastik Korea Utara sebegini menunjukkan mereka mempunyai sesuatu untuk disembunyikan dan seperti tidak mahu tentang kebenaran kes pembunuhan Kim Jong Nam,” dakwa beliau.
Huan berharap rakyat Malaysia yang terperangkap di Korea Utara terus bersabar dan yakin bahawa kerajaan Malaysia akan cuba sedaya upaya memastikan mereka selamat kembali ke tanah air.
“Tidak ada sesiapa yang akan ditinggalkan di Korea Utara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan