Senarai Artikel

Ahad, 5 Februari 2017

Lim Kit Siang Serlah Sikap Memilih

Utusan Malaysia

5hb Februari 2017 @ Ahad

Naib Pesiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan pula meminta Kit Siang membaca semula buku yang pernah beliau tulis kira-kira 30 tahun lalu berkaitan skandal BMF supaya kembali sedar mengenainya. 
Cheng Guan juga mengingatkan Kit Siang supaya tidak mudah membuat pusingan U berhubung isu yang suatu ketika dulu dijua­rai oleh beliau hanya semata-mata kerana sudah bekerjasama dengan Dr. Mahathir.
 “Ahli politik mesti ada integriti, perlu kotakan apa yang pernah diungkapkan sebelum ini. 
“Kenapa tiada lagi desakan serupa supaya ditubuhkan suruhanjaya siasatan diraja bagi menyiasat skandal BMF sebagaimana pernah diutarakan dulu,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan