Senarai Artikel

Jumaat, 3 Februari 2017

Guan Eng Tak Perlu Gusar Cadangan Ku Nan

KUALA LUMPUR : Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng tidak perlu takut dengan cadangan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor supaya Pulau Pinang, Langkawi dan sebahagian Melaka dimasukkan dalam Wilayah Persekutuan.

NAIB Presiden Parti Cinta Malaysia, Datuk Huan Cheng Guan. Naib Presiden Parti Cinta Malaysia, Datuk Huan Cheng Guan, berkata jika ia menjadi satu cadangan yang sah dan dibawa ke meja rundingan, ia perlu mengikut prosedur dan tatacara ditetapkan.

Beliau berkata, Guan Eng seperti 'kera termakan cili' kerana takut kepada perkara yang hanya menjadi cita-cita dan harapan serta belum menjadi satu cadangan sah untuk dibawa ke meja rundingan.

"Cadangan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor di dalam satu temubual bersama BFM.fm bersempena Hari Wilayah adalah satu harapan atau cita-cita saja"

"Tidak timbul soal menjadi penjajah atau penakluk (seperti dibangkitkan Guan Eng dalam laporan media) kerana Wilayah Persekutuan juga merupakan sebahagian daripada Malaysia," katanya dalam satu kenyataan.

Cheng Guan berkata, Tengku Adnan turut menyatakan klausa 'If I (Menteri Wilayah Persekutuan) can', yang jelas membawa maksud ia adalah satu cita-cita dan bukan satu kesalahan untuk mempunyai cita-cita.

"(Namun) Guan Eng secara tiba-tiba saja melompat dan mengeluarkan kenyataan bahawa 'cita-cita' ataupun 'harapan' terbabit tidak pun dibawa berbincang dan melontarkan kata-kata tidak elok kepada Tengku Adnan"

"Guan Eng turut memetik Perkara 1 (3) Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa Pulau Pinang adalah negeri di bawah Persekutuan Malaysia"

Tetapi Guan Eng jangan lupa bahawa Perkara 1 (3) juga menyatakan bahawa ia tertakluk kepada Fasal (4) iaitu mengenai Wilayah Persekutuan yang turut disebut di dalam Perlembagaan Persekutuan," katanya.

Cheng Guan berkata, sama seperti bapanya, Lim Kit Siang juga mempunyai cita-cita mahu menjadi Timbalan Perdana Menteri, tapi belum pun dipersetujui ahli Pakatan Harapan yang lain, selain Tun Dr Mahathir Mohamad saja.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/243201?m=1

Datuk Huan Cheng Guan
NAIB Presiden Parti Cinta Malaysia

2 FEBRUARI 2017

Tiada ulasan:

Catat Ulasan