Senarai Artikel

Ahad, 22 Januari 2017

PKR Bakal "Ditelan" DAP


PKR bakal ‘ditelan’ dan mengalami nasib yang sama seperti Pas jika masih kekal menjalin kerjasama dengan DAP dalam pakatan pembangkang.

Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan berkata, beliau difahamkan DAP akan meletakkan calon-calon mereka di lima kawasan PKR di Pulau Pinang pada pilihan raya umum akan datang.

Selain itu dakwa beliau, DAP juga akan meletakkan calon-calon Melayu untuk bertanding di semua kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pas dalam tempoh tersebut.

“Langkah tersebut jelas membuktikan DAP secara halus cuba memonopoli Pulau Pinang dan sanggup bertindak kejam menyingkirkan PKR walaupun menyedari parti itu bersama dalam pembangkang.

“Dalam situasi ini, PKR tidak ubah se­perti ‘macai’ kerana kepemimpinan mereka langsung tiada peluang untuk membuat sebarang keputusan di peringkat negeri itu,”

Datuk Huan Cheng Guan
Naib Presiden Parti Cinta Malaysia

24 Februari 2016

Tiada ulasan:

Catat Ulasan