Senarai Artikel

Ahad, 22 Januari 2017

Lim Guan Eng harus letak jawatan - Datuk Huan



Selepas lebih enam bulan didesak untuk meletakkan jawatan dan sedang dibicarakan berhubung skandal banglo Jalan Pinhorn, Lim Guan Eng didapati terus enggan melepaskan jawatan itu.



Berikut adalah kronologi kes tersebut sehingga beliau didesak untuk meletakkan jawatan;

* 17 Mac 2016: Anggota Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya meminta menyiasat isu pembelian hartanah di bawah harga pasaran bernilai RM2.8 juta oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng di Jalan Pinhorn, George Town pada persidangan Dewan Rakyat di Parlimen.


* 18 Mac 2016: Lim mendakwa transaksi pembelian rumahnya itu dibuat secara rela hati antara pembeli dan penjual, Phang Li Koon tanpa sebarang paksaan.


* 18 Mac 2016: SPRM mula menerima laporan berhubung isu pembelian rumah banglo pada harga yang lebih rendah daripada harga pasaran daripada pelbagai pihak termasuk parti politik dan badan bukan kerajaan.


* 19 Mac 2016: Lim menggesa SPRM menyegerakan siasatan berhubung transaksi pembelian rumahnya di Jalan Pinhorn.


* 20 Mac 2016: Lim membawa petugas media melawat rumahnya di Jalan Pinhorn.


* 22 Mac 2016: Phang membuat akuan berkanun menjelaskan beliau menjual banglo itu atas dasar rela hati antara pembeli dan penjual yang dipersetujui melalui perjanjian bertarikh 23 Jun 2014.


* 23 Mac 2016: SPRM terima lapan aduan daripada pelbagai pihak berhubung isu pembelian banglo ketua menteri.


* 1 April 2016: Phang memberi keterangan berhubung pembelian banglo oleh ketua menteri di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di George Town.


* 2 April 2016: Polis melengkapkan kertas siasatan berhubung kandungan akuan berkanun Phang yang didakwa mempunyai maklumat palsu.


* 17 April 2016: SPRM menasihatkan semua pihak tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu pembelian banglo ketua menteri.


* 6 Mei 2016: Lim dan isteri Betty Chew serta Phang dan pemilik Kuala Lumpur International Dental Centre (KLIDC) Datuk Tang Yong Chew memberi keterangan

kepada SPRM.


* 7 Mei 2016: Lim sekali lagi hadir untuk direkodkan keterangan berhubung isu pembelian banglo di pejabat SPRM Pulau Pinang.


* 22 Mei 2016: Pegawai SPRM hadir di rumah Lim untuk mengambil keterangan berhubung pembelian banglonya.


* 25 Mei 2016: Kertas siasatan Lim dikemukakan kepada Peguam Negara.


* 6 Jun 2016: Kertas siasatan banglo Lim dikembalikan kepada SPRM untuk siasatan lanjut.


* 29 Jun 2016: Lim ditahan SPRM di tingkat 28 bangunan Komtar pada pukul 5.45 petang, manakala Phang ditahan pada pukul 4.15 petang di pejabatnya di Tingkat 6, Penang Garden.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan