Senarai Artikel

Ahad, 15 Oktober 2017

Kit Siang Jadi PM - Ini Agenda DAP


MUKADIMAH

ISU kenyataan ahli DAP , Datuk Zaid Ibrahim dan Timbalan Setiausaha Agung DAP , Prof. Dr. P. Ramasamy baru-baru ini tentang kewajaran Lim Kit Siang menjadi Perdana Menteri jika Pakatan Harapan menang pada pilihan raya umum akan dating telah mencetuskan pelbagai reaksi yang sinis. Ada yang melihat kenyataan itu sekadar pandangan yang belum tentu direalisasikan berdasarkan kepada situasi semasa seperti isu perumahan dan kebajikan orang Melayu semakin terpinggir yang berlaku di Pulau Pinang sekarang. Naib Presiden Parti Cinta Malaysia, DAT UK HUAN CH ENG GUAN misalnya, turut mentakrifkan gaya serta pendekatan DAP yang berbeza dalam membawa hala tuju politik orang Cina yang mempunyai pelbagai anutan agama sebagai rakyat negara ini. Katanya ramai orang Cina di Malaysia memiliki perbezaan ketara jika dibandingkan mereka yang dipengaruhi oleh DAP . Wartawan Mingguan Malaysia, HA FIZAH RIL HAMID , ABD. AZIZ ITA R dan AMI ZUL TUNI ZAR AHMAD TERMI ZI menemu bual Cheng Guan yang lantang menyuarakan formula toleransi kaum Cina dalam politik negara ini yang patut dikekalkan demi keharmonian generasi seterusnya. Justeru katanya, kenyataan mengatakan Penasihat DAP itu paling layak menjadi Perdana Menteri seterusnya adalah sesuatu yang lucu dan perlu difikirkan berkali-kali.


MINGGUAN: Baru-baru ini, Datuk Zaid Ibrahim mengatakan Lim Kit Siang boleh menjadi Perdana Menteri lebih baik daripada pemimpin UMNO dan kemudian disokong pula dengan kenyataan Prof. Dr. P. Ramasamy. Komen Datuk?

HUAN CHENG GUAN: Mereka (DAP) memang ada menyimpan harapan supaya Kit Siang menjadi Perdana Menteri Malaysia akan datang. Selama ini Kit Siang menafikan bahawa dia mahu jadi Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri.

Ini menunjukkan pakatan mahu mengambil kepimpinan daripada UMNO supaya Kit Siang jadi Perdana Menteri. Sebenarnya kalau dilihat dalam gabungan pembangkang parti yang paling kuat adalah DAP kerana mereka mempunyai kerusi paling banyak di Parlimen.

Dari segi kewangan juga DAP yang paling kaya. Ramai pemimpin Melayu termasuk dari PKR yang sanggup 'tunduk' dengan DAP malah mereka telah diambil bekerja di Pulau Pinang di bawah kepimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Zaid ada berkata, Ramasamy pun sudah kata, jadi saya minta pakatan umumkanlah sahaja sekiranya mereka mahu Kit Siang jadi Perdana Menteri. Saya tidak pasti sama ada yang cakap macam itu ialah Zaid atau Ramasamy sendiri? Ataupun Kit Siang yang suruh mereka cakap macam itu? Itu saya tidak pasti.

Tetapi takkanlah Ramasamy boleh tiba-tiba cakap dan Zaid pun cakap benda yang sama bahawa Kit Siang memang layak menjadi Perdana Menteri? Mungkin di sebalik cakap-cakap mereka itu macam sudah ada 'skrip' sahaja.

Apakah idea Kit Siang jadi Perdana Menteri itu boleh diterima oleh PKR, PAN dan PPBM?

HUAN CHENG GUAN: Cadangan itu tiada masalah bagi PAN, PKR atau parti Tun Dr. Mahathir Mohamad kerana mereka selama ini telah dikuasai oleh DAP. PAN memang mendengar apa sahaja yang dikatakan DAP sebab apa yang DAP cakap semua PAN akan ikut. DAP mahu kuasa sahaja.

Kebanyakan pemimpin DAP pula beragama Kristian. Bagi mereka tujuan utama adalah mengambil alih negara Malaysia. Pada masa yang sama mereka juga mendapat sokongan daripada pihak Barat.

Kenapa boleh timbul kenyataan sebegini sedangkan DAP sendiri gagal mentadbir Pulau Pinang dengan baik?

HUAN CHENG GUAN: Sekarang di Pulau Pinang teruk... contohnya dalam isu banjir dan perumahan. Ada banyak kondominuim yang dibina tetapi ia hanya mampu dilihat sahaja dan bukannya mampu milik.

Harganya sampai RM700,000 hingga RM1 juta. Orang biasa memang tidak mampu beli. Banyak kilang yang besar sudah pindah ke luar Pulau Pinang. Anak-anak negeri itu berhijrah ke Kuala Lumpur sebab di Pulau Pinang kurang kerja. Pendapatan purata bulanan bagi isi rumah penduduk Pulau Pinang juga di bawah kadar purata kebangsaan.

Guan Eng pula ada kes rasuah dan asyik menyalahkan orang lain sahaja. Sepatutnya dia kena letak jawatan. Kalau orang lain yang terbabit dalam kes rasuah dia pandai pula suruh orang itu letak jawatan.

Apakah sukar untuk Barisan Nasional (BN) merampas semula Pulau Pinang daripada DAP?

HUAN CHENG GUAN: Seharusnya pihak BN ada perancangan untuk rakyat Pulau Pinang selepas ini. Kalau mereka berjaya mengambil semula negeri itu apakah perancangan yang mereka boleh lakukan terhadap rakyat Pulau Pinang? Kalau DAP memang lagilah mereka tidak ada rancangan hanya tabur janji sahaja.

Masalah di sana banyak antaranya kos dan harga rumah yang sangat mahal. Kalau anak muda yang baru habis belajar dari universiti pun gaji permulaan mereka baru RM2,000 hingga RM3,000 mereka memang tidak mampu hendak beli rumah.

Kalau dulu di zamam Tun Dr. Lim Chong Eu (bekas Ketua Menteri Pulau Pinang) dia bina rumah kos rendah hanya RM25,000 seunit sahaja. Masa itu saya dalam tentera dan gaji saya lebih kurang RM400 sahaja sebulan.

Saya mampu beli rumah kos rendah kerana bayaran bulanannya hanya RM138 sebulan. Saya rasa zaman itu adalah yang paling baik kerana dasar-dasar yang dilaksanakan oleh Chong Eu.

Kerajaan DAP sekarang mereka tidak peduli. Sebenarnya ini adalah tanggungjawab kerajaan Pulau Pinang untuk membina rumah kos rendah dan sederhana kepada rakyat jelata tidak kira sama ada orang itu dari BN atau parti pembangkang. Itu adalah tanggungjawab mereka. Bukannya dengan jual tanah-tanah di Pulau Pinang kepada pemaju atau taikun dan buat rumah-rumah yang mahal-mahal. Maka anak-anak Pulau Pinang mereka haruslah sedar apa yang sedang berlaku sekarang.

Kalau kita lihat kebanyakan orang Melayu di sana pun telah dipinggirkan. Banyak kampung Melayu sudah tidak ada. Mereka terpaksa berpindah ke Kulim dan Sungai Petani di Kedah. Rumah yang asal di Pulau Pinang sudah tidak ada lagi.

Selama dua penggal DAP perintah Pulau Pinang mereka 'sailang' habis. Kalau DAP terus perintah Pulau Pinang semua akan dijual sampai pokok, pasir dan rumput pun akan habis.

Kebanyakan Cina tidak fikir sama seperti DAP. Di Malaysia kebanyakan pemimpin DAP adalah Kristian maka pandangan dan pemikiran mereka tidak sama dengan Cina Malaysia seperti saya dan yang lain-lain.

Di Malaysia 10 peratus orang Cina beragama Kristian, 10 peratus Buddha, 80 peratus beragama Tao. Saya beragama Tao. Kita bukan gila mahu jadi Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri atau Menteri.

Bagi kita (orang Cina) sekiranya Malaysia ini maju, makmur, semua orang ada kerja, dapat cari makan kira sudah okaylah. Apa mahu lagi? Kita kena faham kaum di Malaysia, orang Melayu adalah yang paling ramai. DAP ini kalau boleh mahu semua.

Ramai orang Melayu yang mereka sudah 'beli'. Adakah orang Melayu yang bekerja di bawah Lim Guan Eng tidak dibayar? Ada ke? Semua ada elaun, ada gaji.

Pulau Pinang ini saya panggil ia sebagai negeri yang gagal. Tidak payah tengok jauhlah lihat sahaja bidang sukan, bola sepak, apa macam? Jawatan dalam persatuan bola sepak ini sepatutnya untuk mereka yang betul-betul minat dalam sukan atau yang profesional dan bukannya ahli politik dan suka-suka letak mereka di sana (dalam persatuan).

Andaikata DAP memerintah, apakah yang paling dibimbangkan?

HUAN CHENG GUAN: Sebelum DAP menguasai Pulau Pinang dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 2008, mana ada masalah antara Cina dan Melayu di sana. Tetapi selepas mereka menang dalam PRU, mereka begitu agresif sampai sekarang. Macam-macam mereka buat.

Kalau anda pantau dalam Facebook, WhatsApp dan media sosial lain, kerja mereka hanyalah putar belit, fitnah, hasut dan melemparkan tohmahan kepada pemimpin-pemimpin BN yang lain.

Mereka juga tanamkan rasa kebencian antara kaum. Itu penting untuk dilihat. Mereka menyebabkan Melayu bergaduh dengan Cina dan Cina bergaduh dengan Melayu. Tetapi bagi orang Cina seperti saya yang beragama Tao kita lebih bertoleransi dalam isu itu.

Dr. Mahathir dulu tidak suka Kit Siang tetapi sekarang bolehkah beliau terima pemimpin DAP itu jadi Perdana Menteri?

HUAN CHENG GUAN: Kalau sejak lebih 30 tahun dulu pun dia (Kit Siang) selalu balun (bantai) BN (Barisan Nasional). Mereka saling mengutuk satu sama lain. Dia kata Mahathir 'syaitan', dan Mahathir pun kata Kit Siang 'syaitan'. Sekarang dua-dua ini berpeluk sekali. Ini bukan 'syaitan' tetapi munafik.

Ramasamy dalam satu temu bual baru-baru ini, beliau kata Kit Siang paling layak jadi Perdana Menteri kerana pengorbanannya disebabkan pernah dipenjarakan dua kali di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Saya mahu tanya siapa yang penjarakan Kit Siang dulu? Datuk Seri Najib atau Mahathir? Itu pengorbanan apa? Sekarang dia (Kit Siang) berpelukan pula dengan Mahathir. Inilah politik cara mereka.

Ada pihak mendakwa siasatan terhadap beberapa orang yang ada kaitan dengan seorang bekas pemimpin UMNO dari Sabah berhubung penyelewengan RM1.5 bilion dan dana KKLW bermotifkan politik. Apa komen Datuk?

HUAN CHENG GUAN: Sekarang ini saya lihat Malaysia satu-satunya negara dalam dunia apabila ada ahli politik macam dari Pakatan Harapan yang kena tangkap fasal kes rasuah, mereka cakap itu semua sebab politik. Tetapi kalau orang lain yang dari BN kena tangkap kes rasuah maka mereka cakap individu itu patut ditangkap dan didakwa. Mereka patut letak jawatan juga. Ini semua standard pakatan pembangkang di Malaysia.

Kalau anda lihat mereka pergi keluar negara juga akan mengutuk negara sendiri. Mana ada orang luar negara yang pergi ke negara lain dan kutuk negara sendiri. Bagi saya, mereka ini pengkhianat negara.

Kalau di negara China misalnya, pengkhianat seperti ini sudah kena hukuman berat. Cuma di Malaysia sahaja mereka bebas berbuat apa sahaja. Saya lihat kerajaan kita berlembut sangat dalam isu ini.

Kalau di Singapura orang macam ini sudah lama kena saman sampai bankrap. Menteri kita terlalu baik. Biarkan sahaja mereka itu. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pun tidak ambil tindakan.

Kementerian Dalam Negeri pun rileks sahaja. Kalau pakatan pembangkang memerintah Malaysia, teruklah orang macam ini. Tengah malam orang akan datang ketuk pintu (tangkap).

Guan Eng telah didakwa di mahkamah berhubung kes rasuah. Mungkin beliau patut letak jawatan sahaja?

HUAN CHENG GUAN: Kit Siang dan Guan Eng tidak akan letak jawatan. Objektif mereka belum tercapai lagi. Mereka mahu jadi Perdana Menteri dan mendapat sokongan dari luar. Mereka boleh minta orang luar campur tangan dalam urusan dalam negara kita.

Saya pun orang Cina tetapi mereka ini Cina DAP yang lain. Saya Cina Malaysia. Kami mahu negara yang aman, makmur dan ada pendidikan, pekerjaan pun ada. Itu sudah okay. Kita bukan gila mahu itu ini.

Kalau mereka mahu balik semula ke China, saya fikir mereka yang di sana pun tidak mahu terima mereka. Mereka ini adalah 'parasit'. Bagi saya Cina DAP dan Cina Malaysia seperti saya memang lain.

Dalam Facebook saya ada tulis penerangan ini untuk orang Melayu. Kalau mahu marah orang Cina jangan marah orang Cina Malaysia macam saya tetapi marahlah dengan Cina yang perangai macam DAP.

PRU akan datang agak menarik kerana kewujudan parti-parti serpihan baharu UMNO dan Pas. Bagaimana Datuk melihat kekuatan UMNO dan Pas sekarang?

HUAN CHENG GUAN: Saya rasa PAN tidak akan ke mana-mana. Macam di Kelantan baru-baru ini dalam satu ceramah di sana saya pun datang berceramah. Orang yang datang ramai sampai 200,000 orang.

Ini membuktikan Pas memang masih ada kekuatan di sana. Kalau kita lihat perhimpunan-perhimpunan yang dibuat oleh pakatan pembangkang sekarang ini tanpa penyertaan Pas mana ada orang ramai datang. Mereka (pakatan) tak ada kekuatan akar umbi.

Macam Rafizi Ramli dan Tony Pua mereka ini hanya boleh cakap sahaja. Yang kuat dalam kelompok orang Melayu hanya Pas dan UMNO sahaja.

Adakah langkah Dr. Mahathir masuk pakatan pembangkang boleh menjejaskan BN atau zaman beliau sebenarnya sudah berlalu?

HUAN CHENG GUAN: Saya nampak Dr. Mahathir dan DAP mereka menggunakan antara satu sama lain. Yang lebihnya DAP sebenarnya 'memperkudakan' Mahathir. Mereka tidak berani menolak apa yang DAP cadangkan.

Memang DAP memerlukan Mahathir bagi menarik pengundi Melayu. Tetapi sejak kebelakangan ini banyak ahli parti Mahathir sendiri yang telah meninggalkan parti itu.

Kalau orang Cina mereka tidak boleh buat apa-apa pun dalam parti Mahathir itu kerana ia hanya untuk kaum bumiputera.

SKMM kena pantau banyak fitnah pembangkang sejak akhir-akhir ini dalam media sosial seperti Facebook. Tetapi apa yang mereka buat?

Kalau sekali dua fitnah tidak apa juga tetapi kalau dibiarkan berterusan orang ingat perkara itu memang betul. Malah, dalam media sosial dalam bahasa Cina lagi teruk tohmahan dan fitnah yang dikeluarkan pembangkang terhadap kerajaan.

Via : https://m.utusan.com.my/rencana/utama/kit-siang-jadi-pm-ini-agenda-dap-1.537925

Khamis, 5 Oktober 2017

KDN Digesa Siasat Dana Malaysiakini


KUALA LUMPUR 4 Okt. - Kementerian Dalam Negeri (KDN) digesa menjalankan siasatan untuk mengenal pasti secara terperinci sumber dana yang membiayai portal berita propembangkang, Malaysiakini.

Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan berkata, tindakan itu amat penting bagi mengetahui individu sebenar di sebalik portal itu yang dilihat sering menyiarkan berita-berita berbaur fitnah dan provokasi.

“Saya sudah banyak kali me­nyuarakan isu Malaysiakini namun nampaknya ia kebal dan tiada mana-mana pihak berwajib yang berani menyiasat portal tersebut. Jika dilihat, portal itu seolah-olah bebas memuatkan apa jua berita dengan sesuka hati terutamanya kandungan anti kerajaan tanpa ada sebarang kawalan.

“Justeru, saya menggesa KDN dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyiasat latar belakang portal itu termasuk semua ahli lembaga syarikat itu, sumber pembiayaan dana dan mengambil tindakan yang sewajarnya,” kata­nya ketika dihubu­ngi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, bekas pengasas bersama PKR, Ng Lum Yong berkata, portal itu perlu mendedahkan latar belakang penyumbang dana syarikat itu yang selama ini dikaitkan dengan ‘hidup atas sumbangan asing’.

Kata beliau, Malaysiakini bertanggungjawab kepada rakyat negara ini untuk mendedahkan siapa penyumbang dana dan apakah matlamat portal tersebut ditubuhkan.

Mengulas lanjut, Cheng Guan turut mempersoalkan mengapa tiada sebarang tindakan yang diambil oleh pihak berwajib terhadap Malaysia­kini sedangkan portal itu dari awal me­nyiarkan berita bersifat fitnah dan hasutan.

“Kita ketahui portal itu dibiayai oleh pihak asing namun mengapa kerajaan mem­biarkan portal sedemikian untuk beroperasi di negara ini sedangkan ia boleh menjejaskan kestabilan dan keharmonian masyarakat.

“Malah, kebanyakan beritanya juga tidak membawa manfaat kepada rakyat dan negara. Ini boleh mengundang pemikiran dan minda masyarakat terpesong daripada fakta sebenar,” katanya.

Jelasnya, sebagai media, Malaysiakini bukan sahaja berpe­ranan sebagai penyebar maklumat tetapi juga perlu menjadi pendi­dik kepada masyarakat.

Via : http://m.utusan.com.my/berita/politik/kdn-digesa-siasat-dana-i-malaysiakini-i-1.534156

Isnin, 2 Oktober 2017

DAP Perlu Diharamkan



KUALA NERUS, 1 OKTOBER 2017 - DAP perlu diharamkan di negara ini kerana dilihat sering memecahbelahkan keharmonian kaum di negara ini dan disifatkan sebagai ‘kaki buat kacau’, kata Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM) Datuk Huan Cheng Guan.

Sehubungan itu, beliau mahu Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengambil tindakan terhadap DAP sebelum ia merosakkan suasana harmoni masyarakat berbilang kaum di negara ini.

"DAP ini kerja dia hanya tanam kebencian pada masyarakat, hasut rakyat," katanya yang dijemput Pas untuk berucap di pentas program Fastaqim 2.0 di Pantai Tok Jembal di sini malam tadi.

Beliau berkata, sepanjang sembilan tahun DAP memerintah Pulau Pinang, parti itu hanya membawa kesengsaraan kepada rakyat.

"Sepanjang sembilan tahun mereka perintah Pulau Pinang, tarif air sudah empat kali naik, sewa kedai pun naik 100 peratus, rumah dibina pun bukan mampu milik, tetapi mampu tengok sahaja, tanah pula habis dijual.'

Kalau dua tahun lagi DAP perintah Pulau Pinang, pasir dan pokok pun mereka boleh jual," katanya disambut sokongan daripada lebih 200,000 ahli dan penyokong Pas.

Beliau berkata, apa yang diingini oleh DAP bukan kuasa untuk memerintah dan berkhidmat kepada rakyat, tetapi hanya untuk kepentingan parti dan individu yang tamakkan jawatan.

"DAP ini kerjasama dengan kaki 'u-turn' (pusingan U) sahaja. Pemimpin mereka pun (DAP) didakwa di mahkamah kerana rasuah, macam mana nak jadi pemimpin negara," katanya.-Bernama

Disiarkan Oleh : http://www.sinarharian.com.my/mobile/politik/dap-perlu-diharamkan-1.737433

Jumaat, 8 September 2017

Mengapa Abaikan Fakta ?

TIDAK perlu pergi jauh kata Timbalan Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan untuk menilai secara umum pencapaian kerajaan hari ini.

Bukan mahu memuji sembero­no tetapi ini hakikat atau realiti, kata Cheng Guan kepada akhbar ini semalam.

“Kadang-kala kita (sebilangan orang) gemar dengan perlakuan provokatif sehinggakan fakta yang terbukti sengaja diabaikan.

“Ada ketikanya orang luar (rakyat negara lain) pula mengagumi kita (Malaysia) sehinggakan PCM sendiri hairan tak bersyukurkah kita dengan kemakmuran dan kestabilan yang dikecapi kita hari ini,” katanya.


Cheng Guan menggariskan 10 sebab berikut mengapa kerajaan sedia ada masih tetap diperlukan oleh rakyat negara ini:

1. Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diperkenalkan memastikan hasil pendapatan kerajaan dikongsi secara terus dengan rakyat tanpa melalui pihak tengah. Bantuan langsung ini memberi hak kepada rakyat untuk menentukan cara yang mereka mahu gunakan untuk membelanjakan wang diberi.

2. Kadar cukai pendapatan individu dikurangkan sekali gus membantu rakyat menguruskan kewangan dan mena­ngani kesan kenaikan kos sara hidup.

3. Di Lembah Klang, projek Transit Aliran Ringan (LRT) - 2 dan Transit Aliran Massa (MRT) membantu pergerakan dari satu tempat ke tempat lain dengan cepat dan kos yang murah.

4. Di Sabah dan Sarawak, projek Lebuh Raya Pan Borneo tanpa tol membolehkan kedua-dua negeri itu itu dihubungkan melalui jalan darat, seterusnya mening­katkan ekonomi pendu­duk di sepanjang lebuh raya.

5. Di peringkat nasional, program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) diperkenalkan hasil usahasama kerajaan dan pemaju dalam membina rumah mampu milik untuk masyarakat M40. Ini termasuklah projek-projek KPKT untuk rakyat B40.

6. Di Wilayah Persekutuan, projek Rumah Wilayah Persekutuan (Rumawip) dibina untuk penduduk dalam usaha memastikan setiap keluarga di negara ini memiliki sekurang-kurangnya satu rumah.

7. Pendidikan rendah dan menengah diberikan hampir percuma sekali gus meringankan beban kelu­ar­ga yang mempunyai anak ramai.

8. PTPTN disediakan bagi anak-anak muda yang melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti. Bagi yang cemerlang, pinjaman itu ditukar kepada biasiswa tanpa bayaran balik.

9. Projek mega seperti projek Kompleks Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) di Johor, MRT di Lembah Klang dan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Pantai Timur bakal mewujudkan ribuan peluang pekerjaan.

10. Segala manifesto kerajaan BN semasa pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) hampir siap dilaksanakan.

Janji kerajaan ditepati berbanding pembangkang yang secara terbuka memberitahu rakyat bahawa manifesto ‘bukan janji’.

Via Utusan : https://m.utusan.com.my/berita/politik/mengapa-abaikan-fakta-1.524021

Jumaat, 25 Ogos 2017

Lim Kit Siang kini cabut lari bertanding di Pulau Pinang dan Kedah pada PRU -14 ?

Kenyataan Media

Lim Kit Siang kini cabut lari bertanding di Pulau Pinang dan Kedah pada PRU -14 ?



1. Baru - baru ini kecoh di media sosial bahawa "Top Dog" DAP Lim Kit Siang sudah menukar alamat undi beliau dari Gelang Patah ke Parlimen 049 Tanjong. Ini dengan secara rasminya menunjukkan bahawa Lim Kit Siang tidak akan bertanding di Gelang Patah pada PRU - 14 yang akan datang.

2. Pertama sekali, saya berasa kasihan dan simpati kepada penduduk di Gelang Patah yang seakan tertipu dengan DAP dan Lim Kit Siang. Belum lagi habis tempoh berkhidmat sebagai Ahli Parlimen di Gelang Patah, Lim Kit Siang sudah "cabut lari" ke Pulau Pinang dan menukar alamat mengundi beliau ke sini.

3. Saya juga dimaklumkan melalui sumber dalaman DAP bahawa pada PRU - 14 yang akan datang. Lim Kit Siang akan bertanding di dua kerusi iaitu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan juga di kerusi Parlimen di dua negeri yang berbeza. Ini merupakan satu rekod yang amat hebat bagi seorang yang berumur 74 tahun sekaligus membuktikan bahawa pemimpin DAP dan Pakatan Harapan tidak boleh dan tidak berani menghalang kehendak serta kemahuan Lim Kit Siang untuk bertanding di dua kawasan berlainan kerana beliau adalah pemimpin Utama Pakatan Harapan. Selain dari itu , gabungan Anak Bapa ini bukan percaya sama pemimpin pemimpin DAP yang berada di Negeri Pulau Pinang.

4. Selain itu, bagaimana Lim Kit Siang mahu berkhidmat untuk rakyat ? Ini kerana beliau akan bertanding di DUN dalam Negeri Pulau Pinang dan satu kerusi Parlimen di Negeri Kedah. Sudah semestinya rakyat di kedua kawasan ini akan ditinggalkan olih Lim Kit Siang sepertimana berlaku sekarang dan  mengalami nasib yang sama dialami penduduk Gelang Patah sekarang.

5. Jika dilihat dari segi sejarah, ini bukan kali pertama Lim Kit Siang cabut lari dari kawasan yang beliau menjadi Ahli Parlimen. Sepanjang tempoh beliau menjadi Ahli Parlimen, iaitu sejak Tahun 1969, Lim Kit Siang sudah menjadi Ahli Parlimen di Tujuh (7) tempat yang berbeza! Ini berbeza dengan pemimpin Parti Lain yang konsisten berkhidmat di satu kawasan dan tidak "cabut" seperti apa yang dilakukan oleh Lim Kit Siang.


Senarai kawasan yang pernah Lim Kit Siang menjadi wakil rakyat adalah seperti berikut:

a. Bandar Melaka (1969–1974)
b. Kota Melaka (1974–1978)
c. Petaling Jaya, Selangor (1978–1982)
d. Kota Melaka (1982–1986)
e. Tanjong, Pulau Pinang (1986–1999)
f. Ipoh Timur, Perak (2004–2013)
g. Gelang Patah, Johor (sejak 2013)
h. Pulau Pinang dan Kedah - *PRU - 14?*

6. Secara mudahnya, jika kita seorang pemimpin masyarakat yang sentiasa berkhidmat untuk rakyat, sudah pastinya kita akan terus bertanding di satu kawasan sahaja kerana sikap tanggungjawab kita terhadap masyarakat di kawasan tersebut. Ini berbeza dengan Lim Kit Siang yang suka lompat dari satu kawasan, ke kawasan yang lain.

7. Beliau akan lompat dari satu kawasan, ke kawasan yang lain kerana rekod buruk beliau dalam berkhidmat untuk masyarakat. Lihat sahaja banner atau poster - poster di Gelang Patah sekarang yang mempersoalkan mana hilangnya Lim Kit Siang sehingga tidak turun melihat kawasan dan membantu masyarakat setempat. Adakah Ahli Parlimen dan ADUN seperti ini yang rakyat Pulau Pinang dan Kedah mahu sebagai wakil rakyat mereka?

8. Saya berharap pada PRU - 14 yang akan datang, rakyat terutamanya di Negeri Pulau Pinang  tidak ditipu olih Lim Kit Siang dan DAP selama 5 tahun sekali lagi.

Terima Kasih

Datuk Huan Cheng Guan
Timbalan Presiden
Parti Cinta Malaysia

25 Ogos 2017


Ahad, 20 Ogos 2017

HANYA SUKA MAIN POLITIK

MUKADIMAH: RAMAI yang hairan setiap kali terpalit dengan isu dan kontroversi, Kerajaan DAP Pulau Pinang tidak menunggu lama untuk menyalahkan pihak lain khususnya Barisan Nasional (BN).

Perkara sama berlaku dalam isu kilang haram habuk kayu di Kampung Sungai Lembu, Penanti kononnya diwarisi daripada Kerajaan BN terdahulu. WartawanMingguan Malaysia, MOHD. KHUZAIRI ISMAILmendapatkan pandangan Timbalan Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), DATUK HUAN CHENG GUANberhubung kecenderungan Kerajaan DAP Pulau Pinang itu. Dalam masa sama, beliau yang juga Pengerusi Persatuan Anak Jati Pulau Pinang berkongsi pemerhatian berhubung pendekatan politik DAP sepanjang hampir sembilan tahun menerajui pentadbiran kerajaan negeri itu.


MINGGUAN: Sejauh mana seriusnya masalah kilang haram di Pulau Pinang?

CHENG GUAN:Sesiapa pun tidak boleh menafikan sememangnya banyak kilang haram wujud di negeri ini. Sebab itu saya tidak terkejut kalau ada pihak mendakwa terdapat lebih 200 buah kilang haram kesemuanya.

Kerajaan DAP Pulau Pinang atau pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu jawab dan perjelaskan situasi sebenar. Tetapi saya mahu melihat dari sudut apa produk yang dihasilkan kilang-kilang ini dan apakah kesan ke atas kesihatan dan keselamatan penduduk selain pencemaran kepada alam sekitar.

Isunya di sini mengapa tidak ada tindakan diambil ke atas kilang ini? Dalam kes kilang habuk kayu di Kampung Sungai Lembu, Penanti, jika tidak boleh dirobohkan bangunan kilang itu sekali pun, mengapa Kerajaan DAP Pulau Pinang tidak mengeluarkan arahan supaya operasinya dihentikan? Mengapa selepas sembilan tahun memerintah negeri ini dan selepas banyak kali dilaporkan penduduk, malah dibawa wakil rakyat ke sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) sekalipun, kilang haram itu masih bebas beroperasi?

Peliknya Kerajaan DAP Pulau Pinang dilihat sangat pantas dalam merobohkan bangunan-bangunan haram lain. Tetapi kenapa tidak bertindak ke atas kilang-kilang haram ini? Sebab itu saya lihat apa yang berlaku dalam isu kilang haram ini sebenarnya satu bentuk manipulasi Kerajaan DAP Pulau Pinang untuk mendapatkan simpati daripada rakyat.

Mereka menyerlahkan kononnya menjadi mangsa dasar Kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini, tetapi pada hakikatnya mereka tidak mahu mengambil tindakan. Jika ada tindakan yang diambil dalam isu seperti ini banyak yang menjurus kepada keputusan politik.

Maksudnya di sini Kerajaan DAP 'memilih bulu' dalam mengambil tindakan dan melindungi syarikat yang dilihat menyebelahi mereka?

CHENG GUAN: Rakyat menilai kalau anda penyokong kerajaan Pusat, maka tindakan yang diambil adalah lain berbanding jika anda penyokong DAP. Seolah-olah ada dua undang-undang berbeza yang diguna pakai. Saya ambil contoh tindakan ke atas sebuah cafe yang beroperasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) yang dirobohkan sebahagian bangunannya selepas pemiliknya mengkritik Kerajaan DAP Pulau Pinang.

Malah, perniagaan-perniagaan lain pemilik kafé ini juga 'diganggu’ dan dicari walau hanya satu kesalahan kecil sahaja. Mengapa untuk kes sebegini Kerajaan DAP Pulau Pinang boleh bertindak dengan pantas? Dalam kes kilang haram habuk kayu di Penanti, struktur bangunan itu sebenarnya hanya seperti sebuah bangsal sahaja.

Bukannya sebuah kilang yang besar. Jadi mengapa selepas sembilan tahun memerintah, tidak ada tindakan diambil oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang ke atas kilang itu? Tetapi seperti biasa, Kerajaan DAP Pulau Pinang menyalahkan Kerajaan BN dalam isu kilang haram ini.

Sembilan tahun sudah DAP menjadi kerajaan negeri, adakah mereka mahu mengatakan mereka sebenarnya tidak tahu membuat keputusan? Sekarang mereka pula bertanya sama ada kerajaan negeri yang lepas mahu ambil tindakan ke atas kilang ini atau tidak?

Persoalannya siapa yang mentadbir negeri ini hari ini? Kalau itu pun DAP mahu Kerajaan BN jawab, baik mereka semua letak jawatan, biar wakil rakyat BN sahaja yang memerintah.

Sebab itu saya menilai tindakan suka menyalahkan pihak lain ini khususnya terhadap Kerajaan BN terdahulu adalah cara paling mudah untuk DAP menutup kelemahan pentadbiran mereka.

Tetapi dalam masa sama mereka boleh pula mengambil segala kredit atas pembangunan dan kemajuan negeri ini di bawah pemerintahan kerajaan BN.

Maksudnya Kerajaan DAP Pulau Pinang tidak ada dasar sendiri?

CHENG GUAN: Mereka sebenarnya tidak ada pengalaman menjadi pemerintah. Dasar-dasar mereka dibuat secara ad hoc. Mereka tidak boleh ambil dasar Kerajaan BN terdahulu walau pun yang baik dan terbukti membela rakyat kerana tidak mahu nanti dikatakan mencontohi Kerajaan BN.

Sebab itu pentadbiran kerajaan negeri kucar-kacir. Yang sepatutnya menjadi keutamaan tidak diberikan perhatian. Yang sepatutnya mendapat pembelaan adalah rakyat, tetapi yang diberi perhatian adalah pemaju. Itu apa yang boleh kita nampak berlaku di Pulau Pinang hari ini. Saya tidak nampak kelebihan dan perubahan yang dibawa mereka sejak memerintah negeri ini. Saya rasa majoriti penduduk negeri ini juga bersetuju.

Dasar yang paling jelas setakat ini adalah menyalahkan kerajaan BN semata-mata. Isu-isu melibatkan kebajikan penduduk juga bukan hanya tidak selesai, tetapi menjadi makin serius. Isu rumah mampu milik sebagai contoh, sehingga ke hari ini pun masih ramai penduduk menunggu untuk memiliki kediaman sendiri.

Tetapi mana rumah kos rendah dan sederhana untuk mereka yang ditawarkan kerajaan negeri? Sudahlah mereka sendiri tidak membina rumah yang cukup, usaha agensi Kerajaan Pusat untuk membinanya juga dilengah-lengahkan dengan pelbagai alasan.

Mereka seolah-olah sengaja mengalihkan isu ini untuk menutup kelemahan dan salahkan kerajaan Pusat? Namun hakikatnya banyak kegagalan lain seperti menangani isu banjir dan kampung warisan yang semakin pupus?

CHENG GUAN: Adakah ini sebuah kerajaan negeri yang bertanggungjawab. Isu banjir juga sehingga kini bukan sahaja tidak selesai, tetapi lebih banyak kawasan ditenggelami banjir kilat selepas sembilan tahun DAP memerintah.

Penduduk masih ingat bagaimana DAP dengan bangganya berjanji akan menyelesai isu banjir sebelum pilihan raya umum lalu.Tetapi lihat apa yang berlaku hari ini? Setiap kali hujan lebat dalam beberapa jam sahaja beratus-ratus rumah penduduk tenggelam.

Kampung-kampung warisan pun semakin hari semakin pupus diganti dengan projek-projek kondominium mewah. Adakah ini dasar-dasar yang dimahukan penduduk?

Mereka berbangga dengan projek-projek mega seperti terowong dasar laut, tambak tiga pulau buatan, sistem transit aliran ringan (LRT) dan pelbagai lagi yang harganya berbilion-bilion ringgit.

Tetapi selepas sembilan tahun apa status projek-projek ini? Yang penduduk tahu hanya cakap-cakap kosong sahaja tetapi bayang apa pun tidak nampak. Peliknya ada konsultan yang sudah menerima bayaran beratus-ratus juta sedangkan tidak ada projek yang sudah bermula pun lagi.

Jadi selepas sembilan tahun, apa sebenarnya yang dilakukan DAP di Pulau Pinang?

CHENG GUAN: Saya lihat Kerajaan DAP Pulau Pinang hanya berminat bermain politik, bukannya mentadbir negeri ini dan membela kebajikan penduduk. Mereka juga bertindak seolah-olah masih sebagai pembangkang di negeri ini. Sebab itu mereka seperti mahu mencari musuh dengan semua pihak.

Pantang ada orang yang mengkritik atau menegur Kerajaan DAP Pulau Pinang, tahulah nasib mereka nanti. Sama ada terima surat saman atau dipulaukan. Sebab itu hari ini kita tengok banyak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) negeri ini mula menjarakkan diri dengan Kerajaan DAP Pulau Pinang.

Begitu juga persatuan atau komuniti masyarakat Cina yang merasakan semakin jauh dengan Kerajaan DAP Pulau Pinang. Sedangkan sebelum dua pilihan raya umum lalu, inilah kumpulan-kumpulan yang begitu kuat menyokong DAP. Salah satu sebab mengapa ini berlaku kerana kumpulan ini beranggapan Kerajaan DAP Pulau Pinang hari ini seolah-olah angkuh. Tidak boleh dikritik dan tidak mahu mendengar pandangan mereka.

Tetapi kumpulan ini tidak berani menunjukkan penentangan secara terbuka sebab seperti yang saya jelaskan tadi, mereka bimbang dikenakan tindakan atau dipulaukan.

Maksudnya ada gelombang penentangan terhadap Kerajaan DAP Pulau Pinang daripada akar umbi ketika ini? Itu apa yang saya nampak dan nilai sepanjang saya bergerak mendekati pelbagai lapisan masyarakat di negeri ini selama ini.

Anda rasa bagaimana saya dapat membongkarkan pelbagai isu melibatkan kepincangan dalam kerajaan negeri? Bagaimana saya boleh dengan yakin beberapa kali membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membabitkan isu seperti terowong, rumah mampu milik, penjualan tanah, kilang haram dan banyak lagi?

Kebanyakan maklumat-maklumat itu datang daripada aduan kumpulan masyarakat ini. Mereka tidak tahu mana platform untuk dituju sebab jika mengadu kepada Kerajaan DAP Pulau Pinang pun tidak mungkin akan ada tindakan diambil. Silap langkah mereka pula yang terkena.

Jangan terkejut jika saya beritahu maklumat-maklumat ini juga diberi kepada saya oleh ahli-ahli DAP dan PKR sendiri. Ada kalangan ahli-ahli parti ini sendiri sebenarnya tidak bersetuju dengan corak pemerintahan DAP di negeri ini dan datang kepada kita untuk kita bongkarkan.


HINDARI POLITIK KEBENCIAN ALA DAP


Apa sebenarnya yang dirasakan ahli akar umbi DAP ini?

CHENG GUAN: Ahli-ahli DAP ini sebenarnya berasa tertipu dengan pemimpin utama mereka hari ini. Mereka juga menilai parti DAP tidak lagi berpegang kepada amalan politik berprinsip.

Bagi mereka, perjuangan DAP hari ini bukan lagi untuk survival parti, tetapi lebih kepada untuk menjamin kekuasaan dan kedudukan pemimpin tertentu.

Contoh paling ketara dalam kerjasama dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Sejak berpuluh-puluh tahun pemimpin DAP menggambarkan Dr. Mahathir sebagai musuh nombor satu mereka.

Tetapi hari ini Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang dengan penuh senyum lebar dan tangan terbuka luas menerima Dr. Mahathir dalam gabungan mereka.

Ahli-ahli DAP menjadi keliru dan tertanya-tanya apa yang terjadi dengan doktrin Dr. Mahathir sebagai musuh utama DAP yang ditanam dalam kepala mereka berpuluh-puluh tahun lamanya?

Bukankah menerima Dr. Mahathir hanya akan menyelamatkan kedudukan dan kuasa pemimpin tertentu DAP semata-mata? Begitu juga dalam kerjasama dengan Pas yang mana DAP satu ketika dahulu begitu mengagung-agungkan Pas sebagai parti masa depan orang Melayu.

Tetapi lihatlah bagaimana layanan DAP terhadap Pas ketika ini? Semua permainan politik untuk mengekalkan kuasa pemimpin tertentu DAP ini sebenarnya sedang dinilai dan diperhatikan ahli akar umbi parti.

Mungkinkah PKR juga bakal menerima nasib serupa?

CHENG GUAN: Saya tidak hairan jika PKR juga nanti akan diperlakukan seperti Pas oleh DAP. Sikap membuli itu sebenarnya sudah boleh dilihat dalam Kerajaan DAP Pulau Pinang hari ini.

Lihat sahaja di mana kedudukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti, Dr. Norlela Ariffin selepas beliau membangkitkan mengenai isu kilang haram di kawasannya.

Beliau bukan sahaja dilihat seperti musuh kepada Kerajaan DAP Pulau Pinang, tetapi juga tidak mendapat pembelaan sewajarnya daripada parti beliau sendiri. Apakah PKR takut dengan DAP sehingga tidak mahu menyokong wakil rakyat sendiri?

Yang saya hairan juga ke mana hilangnya Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh. Apakah pernah ada sebarang kenyataan daripada beliau berkenaan isu kilang haram di Kampung Sungai Lembu itu?

Atau beliau sebenarnya tidak menyedari kilang itu terletak di bawah kawasan Parlimen yang diwakilinya?

Apa nasihat Datuk kepada penduduk Pulau Pinang melihat kepada corak pentadbiran DAP ketika ini?

CHENG GUAN: Saya rasa bukan penduduk Pulau Pinang sahaja, tetapi rakyat Malaysia keseluruhannya perlu membuka mata dengan politik yang dibawa DAP. Saya ingat sebelum DAP menang banyak kerusi dan menjadi pembangkang dominan seperti hari ini, rakyat Malaysia tidak pernah berdepan isu-isu perkauman dan agama yang tegang.

Kerajaan BN dengan parti-parti komponennya berusaha bersungguh-sungguh memupuk nilai perpaduan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum. Tetapi sejak DAP memenangi banyak kerusi, saya perhatikan budaya politik kebencian dalam kalangan masyarakat begitu ketara.

Sebahagian besar anasir-anasir itu dibawa oleh pasukan siber mereka atau Red Bean Army (RBA). Malah, beberapa pemimpin mereka juga secara terbuka menerusi media sosial membangkitkan perkara-perkara yang boleh mencetuskan ketegangan dan menimbulkan kemarahan kaum lain.

Yang saya kecewa apabila saya melihat pihak berkuasa khususnya Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) seolah-olah tidak mampu bertindak ke atas pihak yang sengaja membangkitkan isu-isu sensitif ini. Sebab itu mereka berani memainkannya berulang-ulang kali.

Politik kebencian yang dibawa DAP ini sangat bahaya kepada negara ini, bukan sahaja boleh mewujudkan situasi tidak harmoni atautidak selamat dalam kalangan rakyat. Tetapi pembangunan negara dan ekonomi juga boleh terencat.

Saya tidak pasti jika masyarakat Cina boleh menerima politik kebencian yang dibawakan DAP ini. Tetapi jika mereka mahu melihat negara ini terus maju ke hadapan dan pembangunan serta kemajuan ekonominya berkembang, mereka perlu memisahkan diri dengan budaya politik DAP ini.

Via: https://m.utusan.com.my/rencana/utama/hanya-suka-main-politik-1.516894

Rabu, 16 Ogos 2017

Lim Guan Eng aware illegal factory had negative impact on villagers but took no action?

Press Statement


1. I refer to a recent statement by the tainted Chief Minister of Penang Lim Guan Eng who had admitted he and the state government was aware that the illegal factory in Sungai Lembu has had a negative impact on the villagers there.

Read more at http://www.thestar.com.my/news/nation/2017/08/16/cm-aware-illegal-factory-has-negative-impact-on-villagers/#RPe7CbmKtEoIoMy5.99

2. This admission from Lim Guan Eng is very shocking as the state government has now clearly admitted that they are a bunch of useless leaders who took No Action against an illegal factory which was causing problems to the nearby villages even after multiple reports were done by the public, affected villagers and also PKR's assemblymen Dr. Norleela of Penanti.

3. My advice to the affected villagers in Sungai Lembu, they shall sue the Penang State government for failing to protect the interest of the public but only protected the interest of the illegal factory owner. In addition, because of the incompetency of the Penang State government, the villagers of Sungai Lembu shall be compensated for all their medical bills since the toxic gas emission from this illegal factory has affected their health.

4. Notwithstanding the above,  i would also like to ask Lim Guan Eng, who approved the state government's policy of not to demolish, or close down illegal structures or businesses that existed before 2008. Was this policy presented in the State Assembly or in the Exco Meeting chaired by the Chief Minister? Disclose the minutes of meeting to show that you are truly competent, accountable and transparent. Disclose all the attendees of the said meeting and show the people of Penang the leaders of Penang that agreed with this policy.

5. Finally, i would also like to ask Lim Guan Eng how did he come to a conclusion that the illegal factory was build before 2008 and not after 2008? Does he have any evidence to back up his claims or is merely spinning to save the DAP led Penang State government?

Thank You.

Datuk Huan Cheng Guan
Deputy President
Parti Cinta Malaysia

Publish By:


Rabu, 9 Ogos 2017

Apa lagi yang Lim Guan Eng sembunyikan dari rakyat Pulau Pinang?


1. Ketua Menteri Pulau Pinang, Joseph Lim Guan Eng nampaknya sekali lagi telah memperbodohkan diri beliau sendiri apabila cubaan beliau untuk mengelirukan rakyat Pulau Pinang gagal. Ini berikutan kenyataan beliau sebelum ini yang berbangga apabila  95% hutang kerajaan Pulau Pinang berjaya dikurangkan adalah kerana konon nya hasil urus tadbir baik atau polisi CAT  kerajaan negeri.

2. Merujuk kepada kenyataan media yang dikeluarkan oleh Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, ianya pertama sekali membuktikan bahawa pengurangan 95% hutang di Pulau Pinang adalah ekoran *bantuan dari Kerajaan Persekutuan*. Ia sememangnya bukan disebabkan ‘urus tadbir yang baik’ atau polisi CAT. Kenapa perkara ini cuba disembunyikan oleh Joseph Lim Guan Eng?

3. Malah, bukan sahaja kerajaan Persekutuan dibawah Barisan Nasional membantu kerajaan Pulau Pinang melangsaikan hutang mereka, lebih dari itu kerajaan Persekutuan yang diketuai oleh BN turut *menyalurkan dana berbentuk geran berjumlah RM1.2 bilion* untuk memperluaskan Empangan Mengkuang. Bantuan ini juga cuba dirahsiakan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang kepada rakyat di negeri sebelum ini. Mengapa?

4. Jika dilihat dari keseluruhan bantuan yang diberikan oleh kerajaan Persekutuan kepada DAP Pulau Pinang, ianya sudah berjumlah hampir RM1,887.8 juta (RM1.8 bilion) dimana berikutan perjanjian penstrukturan air pada 2011, Kerajaan Persekutuan mengambilalih hutang RM655.24 juta ditambah pula memberi geran kepada kerajaan DAP Pulau Pinang sebanyak RM 1.2 billion.

5. Ini juga membuktikan bahawa kerajaan *Persekutuan Barisan Nasional tidak pernah "anak tiri" kan Pulau Pinang* seperti yang selalu diperkatakan pemimpin DAP. Malah bantuan berterusan diberikan Kerajaan BN. kepada kerajaan negeri bagi memastikan rakyat Pulau Pinang terus hidup dalam keadaan yang baik dan sejahtera.

6. Nampaknya *polisi CAT yang dibawa oleh DAP telah gagal* dalam mentadbir kerajaan dengan baik sehingga bantuan terpaksa diberikan oleh kerajaan Persekutuan kepada Joseph Lim Guan Eng dan kawan - kawan beliau. Persoalanya sekarang, apa lagi bantuan yang diberikan kerajaan Persekutuan kepada kerajaan DAP Pulau Pinang yang Joseph Lim Guan Eng cuba sembunyikan dari rakyat di negeri ini?

Datuk Huan Cheng Guan
Timbalan Presiden
Parti Cinta Malaysia.

Lim Guan Eng patut jadi anak jantan, lawan kes rasuah di Mahkamah

Kenyataan Media


Semalam Mahkamah Rayuan telah mengisytiharkan peruntukan Akta Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang menghendaki seseorang tertuduh memfailkan pertahanannya sebelum perbicaraan sebagai tidak sah dan terbatal.

Keputusan itu dibuat susulan rayuan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan ahli perniagaan Phang Li Koon yang memohon pengisytiharan bahawa Seksyen 62 akta itu bercanggah dengan Artikel 5 (1) dan 8 Perlembagaan Persekutuan.

Keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Rayuan sudah semestinya disambut baik oleh pemimpin serta penyokong pembangkang. Seperti biasa apabila satu - satu keputusan mahkamah berpihak kepada mereka, pihak pembangkang akan memuji sistem kehakiman negara. Namun jika mereka kalah sesuatu kes, kerajaan dan sistem kehakiman pula yang dipersalahkan.

Kembali kepada kes Lim Guan Eng, pada Disember tahun lalu, beliau dan ahli perniagaan Phang Li Khoon telah didakwa di Pulau Pinang atas tuduhan rasuah.

Beliau didakwa menggunakan kedudukannya sebagai penjawat awam untuk kepentingan diri dengan meluluskan permohonan Magnificent Emblem Sdn Bhd untuk menukar tanah pertanian kepada tujuan kediaman pada mesyuarat Exco bertarikh 18 Julai 2014. Selain itu, Guan Eng juga didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Dalam pertuduhan itu, beliau didakwa menggunakan kedudukannya untuk memperoleh kepentingan menerusi pembelian sebuah banglo daripada Li Khoon pada harga RM2.8 juta, iaitu bawah daripada harga pasaran RM4.7 juta pada 28 Julai 2015.

Persoalanya sekarang, jika Lim Guan Eng tidak bersalah, mengapa beliau secara konsisten cuba menangguhkan kes beliau yang kini sudah masuk tempoh hampir satu tahun?

Secara lazimnya, jika Lim Guan Eng yakin beliau tidak bersalah dan melakukan sebarang salah guna kuasa dan rasuah,beliau sepatutnya menggesa mahkamah supaya mempercepatkan kes beliau supaya nama beliau dapat dibersihkan dan membuktikan pertuduhan ini hanya merupakan satu taktik kerajaan BN menyerang DAP. Tetapi mengapa Lim Guan Eng tidak mahu mendesak mahkamah mempercepatkan sebutan kes beliau?

Seperti pepatah Melayu, Berani kerana benar, takut kerana salah

Terima Kasih

Datuk Huan Cheng Guan
Timbalan Presiden
Parti Cinta Malaysia

41 Tuduhan Rasuah: COO Rapid Penang Ikut Jejak Langkah Ketua Menteri


Dakwaan 41 tuduhan rasuah terhadap Mohd Shukri Abdul Rahman 54, melengkapkan drama bersiri bahawa Pulau Pinang bukan sahaja sebuah negeri hub pemprosesan dan pengedaran dadah antarabangsa, kegiatan jenayah berat, sarang maksiat dan pelacuran, malahan ia juga sebuah negeri rasuah.

Shukri yang juga Ketua Pegawai Operasi (COO) Rapid Penang didakwa hari ini di Mahkamah Sesyen Kuantan  atas 41 pertuduhan rasuah berjumlah RM438,418.91 yang diterimanya dari empat buah syarikat bermula 2013 sehingga 2017.

Mengikuti jejak langkah Ketua Menteri Pulau Pinang, Joseph Lim yang tidak mengaku bersalah atas pertuduhan rasuah dan skandal banglo, demikianlah juga Shukri apabila pertuduhan dibacakan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Habibah Mohamed Yusof.

Beliau  menghadapi 10 pertuduhan menerima suapan tunai berjumlah RM31,500 dari Alexander Dennise (M) Sdn Bhd sebagai dorongan membantu syarikat tersebut memperoleh kontrak pembekalan 80 bas setingkat dan 40 bas dua tingkat.

Selain dari itu, beliau juga didakwa dengan tiga pertuduhan menerima suapan  tunai RM300,000 dari Jayonik MSC Sdn Bhd bagi projek ‘Develop, Design, Manufacture, Supply, Delivery, Installations, Testing, Commissioning and Warranty of Bus Simulator System for Prasarana’ yang dianggar bernilai RM8 juta.

Pertuduhan lain yang dihadapi oleh Shukri adalah 13 pertuduhan menerima suapan tunai berjumlah RM74,000 dari  Nato Auto & Engineering Sdn Bhd sebagai imbalan meluluskan pembayaran bagi pembekalan alat ganti bas.

Shukri juga didakwa atas tujuh pertuduhan lain menerima suapan dari  syarikat yang sama dalam bentuk pembaharuan insurans kenderaan dan pembayaran cukai jalan bagi kenderaan milik peribadinya berjumlah RM13,057 sebagai imbalan  meluluskan pembayaran bagi pembekalan alat ganti bas.

Suapan tunai berjumlah RM19,861.91 yang diperolehi oleh Shukri dari Yon Ming Auto & Industrial Park Sdn Bhd  berhadapan dengan lapan pendakwaan rasuah sebagai imbalan meluluskan bayaran bagi  kerja-kerja pembekalan alat ganti bas.

Kesemua 41 pertuduhan rasuah tersebut dilakukan antara 2013 hingga 2017 di beberapa daerah di Pahang, antaranya di Pekan dan Kuantan.

Shukri  didakwa di bawah  Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi  20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya SPRM Ahmad Akram Gharib memohon kepada hakim agar kesemua pertuduhan itu dibicarakan serentak  selain pasport antarabangsa Shukri diserahkan kepada mahkamah.

Ahmad Akram  juga meminta tertuduh tidak dibenarkan diikat jamin memandangkan kesalahan yang dilakukan itu adalah serius.

Menurut Ahmad Akram, "Jika dibenarkan diikat jamin, saya memohon kepada mahkamah agar menetapkan satu jumlah yang tinggi iaitu sebanyak RM300,000 memandangkan kesalahan dilakukan melibatkan jumlah yang besar.”

Bagaimanapun peguam tertuduh Datuk Shukri Mohamad memohon agar jaminan dikurangkan kerana anak guamnya kini dalam proses mendapatkan rawatan penyakit kencing manis selain tertuduh juga telah memberikan kerjasama sepanjang siasatan kes itu.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM150,000 dengan seorang penjamin selain mengarahkan tertuduh menyerahkan pasport kepada mahkamah dan menetapkan 4 September  ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Tertuduh kemudian membayar wang ikat jamin berkenaan.

Sebelum ini Mohd Shukri juga didakwa di Mahkamah Sesyen, Pulau Pinang atas satu pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM70,000 daripada syarikat Jayonik MSC Sdn Bhd pada 20 April 2015.


*Datuk Huan Cheng Guan*
*Timbalan Presiden Parti Cinta Malaysia*
*7 Ogos 2017*
*Sabtu 8.00p.m.*

Isnin, 7 Ogos 2017

Guan Eng, Jawablah.. ? 

MUKADIMAH

BANYAK persoalan berlegar di fikiran Timbalan Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan mengenai apa yang didakwanya sebagai kegagalan kerajaan DAP di Pulau Pinang.

Benarkah apa yang dipersoalkan oleh Cheng Guan berkisar isuisu melibatkan kepentingan rakyat negeri itu, yang dikongsinya dengan wartawan Utusan Malaysia, ZULKIFLI JALIL ketika dihubungi semalam.



Isu perumahan dikatakan membelenggu pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang, benarkah?

CHENG GUAN : DAP perlu jelaskan berapakah jumlah wang yang telah disalurkan kerajaan negeri kepada Perbadanan Kemajuan Pulau Pinang (PDC) untuk pembinaan perumahan mampu milik. Ini dari hasil penjualan tanah tambakan laut Bayan Mutiara yang sering diuar-uarkan oleh kerajaan negeri sehingga 2016.

PDC difahamkan telah menerima suntikan kewangan RM500 juta daripada kerajaan negeri tetapi peliknya masih memerlukan pinjaman RM609 juta daripada kerajaan negeri untuk melaksanakan projeknya.

Mengapa isu ini dibangkitkan?

Batu Kawan adalah kawasan di daerah Seberang Perai Selatan dan kerajaan negeri Pulau Pinang sebelum ini memiliki tanah yang cukup dan boleh dibuat pembangunan di situ. Tetapi kenapa kerajaan DAP sejak 2012 lebih berminat dan memilih untuk menjual sebahagian besar tanah Batu Kawan kepada pemaju-pemaju swasta dan tidak diberikan kepada PDC untuk membangunkannya?

Ini seolah-olah menafikan peluang PDC untuk membangunkan tanah-tanah berkenaan, sekali gus menafikan peluang PDC untuk membuat keuntungan sehingga menyebabkan kerajaan perlu memberikan suntikan modal tambahan dalam bentuk pinjaman kepada PDC untuk 2017.

Selaku Ketua Menteri, Lim Guan Eng tak ambil kisahkah?

Pada 2012, Guan Eng pernah mengeluarkan kenyataan bahawa sekurang-kurangnya 18,000 unit rumah mampu milik dijangka dibina pihak kerajaan negeri di bawah Fasa 1 dan 2 Tabung Perumahan Mampu Milik RM500 juta dan ia telah pun dilancarkan pada 17 Februari 2012.

Namun sehingga kini tiada satupun rumah mampu milik yang telah dibina oleh kerajaan negeri. Walaupun kerajaan negeri memberi pinjaman kepada PDC namun sehingga kini perumahan mampu milik masih menjadi isu di Pulau Pinang.

Berjalan elokkah tadbir urus kerajaan negeri?

Berdasarkan laporan Ketua Audit Negara, Pulau Pinang sepatutnya berada dalam keadaan defisit dan bukannya lebihan bajet jika tidak kerana penjualan tanah oleh kerajaan negeri itu. Ini kerana lebihan bajet terkumpul sebanyak RM574 juta kerajaan Pulau Pinang yang diterajui DAP datang dari hasil penjualan tanah-tanah milik kerajaan negeri Pulau Pinang.

Perbelanjaan operasi kerajaan negeri meningkat sebanyak tiga kali ganda sejak 2008 hingga 2015. Peningkatan besar ini dijangka terus naik berikutan perbelanjaan operasi di bawah Bajet Pulau Pinang 2017 diunjurkan lima kali ganda daripada angka pada 2008.

DAP sering uar-uarkan dapat kurangkan hutang kerajaan negeri sehingga 95 peratus oleh kerana prinsip Cekap Telus dan Amanah (CAT) yang dipraktikkan, betulkah?

Apa yang saya difahamkan berlaku ialah Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Kerajaan Persekutuan telah mengambil alih hutang semasa kerajaan negeri berjumlah RM655 juta dan mengubahnya kepada bayaran tahunan sebanyak RM14.56 juta di mana kerajaan Pulau Pinang membayar kepada Kerajaan Persekutuan selama 45 tahun pada jumlah keseluruhan yang sama.

Untuk itu, daripada satu hutang, ia ditukar kepada pemajakan. Sebagai pulangannya, Kerajaan Pulau Pinang menjanjikan aset air dan tanah kepada Kerajaan Persekutuan.

Diterbitkan Oleh: 



Sabtu, 8 Julai 2017

Masa untuk Lim Guan Eng jadi "anak jantan" dan jalankan semula pemilihan CEC parti DAP

*Kenyataan Media*


1. Saya merujuk kepada satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia (RoS) sebentar tadi dimana RoS telah membuat keputusan berlandaskan kepada Akta Pertubuhan 1966 dan perlembagaan Parti DAP itu sendiri bahawa pihak Parti DAP perlu mengadakan sekali lagi pemilihan semula Ahli Jawatankuasa Pusat (CEC) yang baharu.

Sumber : https://m.malaysiakini.com/news/387790

2. Perlu diingatkan bahawa skandal penipuan dalam pemilihan CEC DAP ini telah dilaporkan oleh ahli DAP sendiri dimana ahli DAP tidak berpuas hati dengan kepincangan terhadap proses-proses pemilihan semula CEC DAP yang dijalankan pada 29 September 2013 yang lalu.

3. Memandangkan keputusan telah dibuat oleh RoS. Saya kini berharap Lim Guan Eng serta bapa beliau tidak lagi "berdrama" dengan memberikan seribu satu alasan untuk tidak melakukan pemilihan semula CEC DAP. Jika Lim Guan Eng anak jantan sudah semestinya beliau akan berani bertanding dan mempertahankan jawatan Setiausaha Agung parti yang disandang beliau sekarang.

4. Keputusan yang dibuat oleh RoS ini juga secara rasminya membuktikan bahawa barisan tertinggi kepimpinan parti DAP telah menipu dalam pemilihan parti mereka pada pemilihan tahun 2013. Ini membuktikan mereka semua adalah hipokrit apabila mengkritik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) konon nya tidak telus dalam PRU tetapi mereka sendiri adalah kaki penipu dalam pemilihan parti mereka.

5. Saya berharap rakyat Malaysia buka mata dan lihat sendiri sikap hipokrit dan penipu pemimpin - pemimpin DAP ini. Adakah penipu sebegini yang kita mahu mentadbir kerajaan pada masa akan datang?

Terima Kasih

*Datuk Huan Cheng Guan*
*Timbalan Presiden*
*Parti Cinta Malaysia*



Khamis, 6 Julai 2017

Sekarang Ezam Mohd Noor keluar Parti Generasi Baru pula?

Kenyataan Media


1. Ezam Mohd Noor sebentar tadi telah mengumumkan keluar Parti Generasi Baru yang beliau cuba rampas dan mengubah nama kepada Parti Bebas Rasuah. Sebelum beliau buat - buat lupa, saya ingin bertanya kepada Ezam Mohd Noor bila beliau ingin mendedahkan kandungan 6 kotak rahsia yang tersembunyi semua kes korupsi bekas pemimpin kerajaan di zaman Dr. Mahathir Mohamad?

Rujukan : http://www.malaysiakini.com/news/382344

2. Sebagai seorang yang konon nya berjuang untuk membebaskan negara dari belenggu rasuah, adalah tidak masuk akal Ezam Mohd Noor sanggup bersubahat dengan pemimpin- pemimpin pembangkang dengan menyimpan 6 kotak yang terdapat bukti skandal rasuah bekas pemimpin kerajaan.

3. Persoalanya sekarang, adakah benar 6 kotak ini wujud ataupun merupakan lagi satu penipuan dan cerita dongeng dari Ezam Mohd Noor hanya supaya beliau terus kelihatan relevan dalam politik tanah air. Umum ketahui bahawa Ezam Mohd Noor kini merupakan seekor "Katak" kerana suka melompat dari satu parti ke parti yang lain.

4. Lebih menakutkan jika parti orang lain pun beliau dan kawan - kawan beliau boleh curi, apalah nasib rakyat Malaysia nanti jika Ezam dan parti pembangkang memimpin negara ini. Mungkin kita semua juga kena jual dengan mereka.

Terima Kasih

Datuk Huan Cheng Guan
Timbalan Presiden
Parti Cinta Malaysia

Rabu, 28 Jun 2017

Kerja Belum Siap Kerajaan Negeri Sudah Cepat-Cepat Buat Bayaran 

Ini semalam Menteri Alam Sekitar ( NRE ) bagi Whatsapp.


Saya nak tanya Ketua Menteri Pulau Pinang dan Exco-Exco nya.

*Sekiranya lapuran tersebut tidak dapat di luluskan , maka wang yang dah dibayar mahu tuntut balik sama siapa ?*

*Kerja belum siap , kerajaan dah cepat cepat buat bayaran . Very Fishy ?*

*Via Facebook Saya:*
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10212146831137837&id=1587733405

Kenapa Bayar RM209j Jika Laporan EIA Belum Siap?



*Kerajaan DAP Pulau Pinang digesa bagi memperjelas isu pembayaran bagi Kajian Impak Alam Sekitar (DEIA) projek pembinaan tiga jalan di bawah projek terowong dasar laut, ini berikutan mengikut rekod Laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) projek terbabit belum siap sepenuhnya.*

*Gesaan disuarakan oleh Timbalan Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM) Datuk Huan Cheng Guan, ini berikutan kenyataan yang dikeluarkan oleh "EXCO Kerajaan Tempatan, Tebatan Banjir dan Lalu Lintas negeri, Chow Kon Yeow, menjelaskan bahawa pembayaran RM209 juta, termasuk bagi DEIA projek terbabit sudah pun dibuat sepenuhnya secara berperingkat kepada syarikat konsesi dengan transaksi terakhir direkodkan pada 22 Mac lalu walaupun mereka tahu EIA sedang dijalankan dan belum diluluskan, selain bantahan terhadap pelaksanaan projek ini masih boleh dikemukakan sehingga 19 Julai depan, "*

*Persoalanya, untuk apa bayaran RM209 juta jika Laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) projek terbabit belum siap sepenuhnya dan masih dalam proses boleh bantah ?*

*Kerajaan DAP Pulau Pinang Digesa Tampil Bagi Memperjelaskan Isu ini Dalam Kadar Segera*


Via Video Buletin Utama:
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10212153815352438&id=1587733405

Via Facebook Saya: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10212146532930382&id=1587733405

Baca Selanjutnya di: https://www.bharian.com.my/node/296563?m=1

Ruj: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10212134137940515&id=1587733405

Ruj: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=311309422655975&substory_index=0&id=299857143801203

Jumaat, 23 Jun 2017

Lim Guan Eng Perlu Jawab Kenapa Bayaran Kos Kajian Berlebihan 400%

Kami Anak Negeri Pulau Pinang minta CM Lim Guan Eng jawab kenapa bayaran Kos Kajian berlebihan 400% peratus.


Saya juga ingin menegaskan bahawa duit tersebut adalah duit Rakyat dan bukan duit bapa kau. Cm Lim Guan Eng harus bertanggungjawap atas Scandal ini.

Tak guna panggil pemaju untuk jawab kerana wang dah di bayar kepada mereka , maka apa yang di tanya kepada mereka adalah Yes , Alright dan OK sahaja.

Berani buat , berani jawab.

PENANG A FAILED STATE

#SavePenang.

Via My Facebook:
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10212105601507122&id=1587733405

Sabtu, 17 Jun 2017

PCM Desak Agar Lucutkan Taraf Kewarganegaraan Dr. Ting Tiong Choon

*Kenyataan Media*

1. Saya merujuk kepada keputusan Mahkamah Tinggi Kuching hari ini yang memutuskan bahawa Dr. Ting Tiong Choon daripada DAP kekal sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut.

Rujukan: http://m.utusan.com.my/berita/nasional/dr-ting-kekal-sebagai-adun-pujut-1.494183

2. Pertama sekali saya menghormati keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi Kuching. Namun ini tidak mengubah apa - apa fakta bahawa ADUN Pujut Dr. Ting Tiong Choon pernah menjadi warga negara Australia sehingga Tahun 2016.

Rujuk : http://m.thesundaily.my/node/445080

3. Apabila Dr. Ting Tiong Choon memohon dan menjadi warganegara Australia, secara automatik kewarganegaraan beliau akan gugur. Ini jelas terkandung dalam Perlembagaan Malaysia yang menyatakan mana-mana rakyat Malaysia akan terbatal kewarganegaraannya jika pernah memohon dan menjadi warganegara negara lain.

Rujukan : http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2017/05/16/zahid-hilang-kewarganegaraan-malaysia-jika-pegang-2-warganegara/

4. Oleh yang demikian, PCM dengan ini mendesak Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Dalan Negeri dengan serta merta melucutkan taraf kewarganegaraan Dr. Ting Tiong Choon kerana tindakan beliau ini dengan terang dan jelas melanggar undang - undang serta perlembagaan negara.

5. Selepas taraf kewarganegaraan beliau dilucutkan, Speaker DUN Sarawak boleh memohon supaya jawatan ADUN Dr. Ting Tiong Choon dilucutkan kerana terbukti dengan jelas bahawa Dr. Ting dan DAP telah menipu pengundi Pujut dengan menjadi Pilihan Raya Negeri walaupun dari segi perlembagaan hak kewarganegaraan beliau secara automatik telah lucut ketika beliau menjadi warganegara Australia.

6. PCM juga mendesak kerajaan supaya tegas dan serius dalam hal ini. Taraf kerakyatan Malaysia bukan lah perkara yang boleh dibuat main - main dan tindakan tidak bertanggungjawab DAP ini membuktikan mereka langsung tidak menghormati undang - undang dan perlembagaan negara kita.

Persoalanya, berapa ramai lagi pemimpin DAP yang mempunyai kerakyatan negara lain selain Malaysia?

*Terima Kasih*

*Datuk Huan Cheng Guan*
*Timbalan Presiden*
*Parti Cinta Malaysia*

Khamis, 15 Jun 2017

Ahli Berang Dengan Mat Sabu Disebabkan Terlalu Mengikut Pengagihan Jawatan Tertinggi Dalam Gabungan 4 Parti Itu.


Jeng Jeng Jeng . Showtime from Pakatan.

Saya membantah sekeras-kerasnya tindakan seorang kanan Amanah tidak dinamakan yang dilaporkan telah meninggikan suara dan “menyangkal depan-depan" presiden Amanah Mat Sabu

Tindakan ini sangat biadap dan hanya menunjukkan kebijaksanaan pemimpin kanan yang tidak tahu tempatnya ini masih jauh rendah berbanding #BakalPMke9 Abang Sabu.

Disamping ini, aku juga mahu meluahkan rasa simpati terhadap Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin yang dilapor tidak dimahukan oleh Pakatan.

Cheer up bro! Pakatan tak mahu dan UMNO tak mahu bro tapi masih ada Nika.

Via Facebook Saya :
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10212036742665694&id=1587733405

FMT difahamkan dalam mesyuarat PH yang dihadiri Dr Mahathir pada Jumaat lalu, seorang pemimpin kanan Amanah bangun mempersoalkan presiden partinya, Mohamad Sabu kerana bertindak tanpa persetujuan parti dalam menyokong pengagihan jawatan tinggi dalam gabungan 4 parti itu.

Tindakan pemimpin Amanah itu meninggikan suara dan “menyangkal depan-depan” untuk mengkritik Mohamad memaksa beberapa rakan dari partinya menenangkan keadaan.

Ia berlaku selepas Amanah bersetuju dengan DAP yang enggan memberikan sebarang peranan kepada Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin, di peringkat tertinggi PH.

DAP dan Amanah mahu Dr Mahathir dilantik mengetuai gabungan itu.

“Muhyiddin mereka tidak mahu,” kata sumber itu, yang menambah tindakan pemimpin Amanah itu melenting “merosakkan mood mesyuarat itu”.

Minyak Naik RM2.70, Cara Pembangkang Takutkan Rakyat 


Kalau nak cari Kaki Bohong dan Kaki Fitnah , bolih lah jumpa dengan Rafizi Ramli. Dia calon yang paling layak .

Pada 6hb Februari 2017, YB Rafizi Ramli kata dalam satu sidang akhbar bahawa dia mahu sampaikan berita buruk dan amaran kepada rakyat Malaysia bahawa harga petrol akan naik pada Jun 2017.

YB Rafizi kata analisa dia berdasarkan beberapa maklumat pasaran dan unjuran terbaru seperti Akhbar kewangan dunia Bloomberg,  Menteri Minyak Russia, Alexander Novak dan Syarikat-syarikat gergasi minyak.

Dia kata dia awal-awal nak sampaikan simpati kepada rakyat Malaysia kerana harga petrol akan jadi RM2.70 pada Jun ini.

Via Facebook Saya :
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10212029744970756&id=1587733405

Boleh tengok video Rafizi di sini: https://youtu.be/HMuwAAtBR-w

Boleh baca di sini: http://rafiziramli.com/2017/02/harga-petrol-dan-diesel-terus-kekal-tinggi-sepanjang-2017-jika-harga-siling-tidak-diperkenalkan-dan-subsidi-tidak-dikembalikan/

Untuk maklumat sotong dan orang yang sewaktu dengan dia, harga petrol RON95 turun minggu lepas 8th Jun 2017 kepada RM2.05 dan terus turun lagi hari esok 15th Jun 2017 kepada RM1.98. Ini harga ke-11 termurah di dunia - lebih murah dari Nigeria dan dua posen lebih murah dari UAE.

Sotong, Sotong!

LSS.
--------
7th Jun: Harga RON95 turun 5 sen ke RM2.05 (selepas turn 2 sen minggu lepas)
http://www.utusan.com.my/berita/nasional/harga-petrol-diesel-turun-lagi-1.490651

14th Jun: Harga RON95 turun 7 sen lagi ke RM1.98
http://www.utusan.com.my/berita/nasional/harga-jualan-petrol-diesel-turun-1.493238

Rabu, 14 Jun 2017

Another Complete Rubbish Propaganda By Opposition Towards FGV 


Another piece of lying propaganda from the opposition claims that 3 companies from China will buy FGV just like Proton and Lotus.

It also claims that tanah-tanah makcik Felda will soon be owned by China.

This is complete rubbish!

Via My Facebook :
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10212028507339816&id=1587733405

Before we start, it is important to distinguish between Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) with FGV. These are two separate companies but FELDA owns about 34% shares in FGV. FGV's role is to manage the plantations. It also buys the fruit bunches from the settlers, process it and then sell the crude palm oil to the market.

Firstly, FGV is different from Proton as Proton's sale was completely sold to a private company DRB-Hicom and no longer listed on the stock exchange in 2011 as per Tun Mahathir's advice - resulting in the golden share of govt in Proton cancelled.

Any sale of shares in Proton to any party is the decision and private matter of the private shareholder as the govt does not hold any shares in Proton.

Secondly, FGV does not OWN any FELDA land. FGV rents 335,000ha out of Felda’s total landbank of 850,000ha under a land lease agreement (LLA).

Therefore, no FELDA land will be sold to China or anyone since FGV does not own any FELDA land at all.

On top of the land leased from FELDA, since listing FGV has also bought various other plantation companies and palm oil land.

Among the major acquisitions were the takeover of Pontian United Plantations Bhd for RM1.2 billion and Asia Plantation Ltd (from the London Stock Exchange) for RM628 million. It also spent RM2.2 billion to buy the remaining 51% stake in Felda Holdings Bhd from its substantial shareholder Koperasi Permodalan Felda Malaysia Bhd in October 2013. The latest purchase was 836.1ha of oil palm land from Golden Land Bhd for RM655 million cash in 2015.

Thirdly, FGV is a listed company.

When you list a company on the stock-market, anyone can buy the shares from the stock-market including China companies (or France, or India or Singapore or USA or anyone) but it does not mean that they can control the company as long as the majority owner does not sell their stake.

Mahathir privatized and listed on the stock exchange companies such as our National Rice board into BERNAS, our national power company LLN into Tenaga, our airports (MAHB), our national post service (POS Malaysia), our national telecommunications company Telekom, Axiata, our ports and many others.

In the end, many of these companies ended-up being held by foreigners who had invested and bought the shares from the share market.

If a China company is interested to take a stake, they will buy the shares off the stock-market and this will increase the price of FGV shares. But they will not be the majority owner or controlling shareholder - just like MAHB, Telekom, Tenaga, POS etc...

Indeed, there were news reports two months ago that 3 China companies may be interested to take a strategic stake in FGV. The main one that was named is a company called COFCO.
http://www.thestar.com.my/business/business-news/2017/03/21/three-chinese-companies-eye-strategic-stakes-in-fgv/

COFCO is China’s largest food processing, manufacturer and trader. Their business is to use raw materials (or upstream) such as palm oil to produce food-stuff (or downstream).

To produce food-stuff using edible oils, COFCO can use palm oil or they can substitute it with other oil such as soybeans oil or even animal fats oil.

If they were to take a strategic stake in FGV, COFCO's interest would be to secure the upstream raw-material supply.

This is actually good for FGV as it means a secure customer who will not change from Palm oil to any other oil or buy palm oil from Indonesia or other countries instead.

Imagine a secure and stable future for our palm oil planters and settlers where Malaysian Palm Oil will be in food products produced and sold by China's food companies for its 1.4 billion population. It will mean more stable prices for palm oil and a secured major customer.

However, this is just speculation and there has not been any further indication that COFCO will proceed with its interest.

If the opposition is truly fighting for the interest of the nation, they will not keep attacking FGV and allow FGV share prices to increase - just like how DAP's Superman Hew Kuan Yew frequently boasts that he had caused Lynas share prices to drop by continually attacking Lynas for years.

If FGV share prices are lower then it is more attractive and cheaper for foreign companies to buy a stake in it.

However, the opposition - especially the Cap Bunga party, is merely interested to take advantage of the kampung people to create fear and sabotage our economy by creating and spreading lying whatsapp messages.

LSS.

Another Defamation From Sarawak Report Accusing IGP Involvement


Saya pun kenal sangat dengan YAB Tuan Lim Guan Eng, CM Penang dan Bekas MB Selangor Khir Toyo , adakah ini bermakna saya pun rasuah .

Ini Sarawak Report makin lama makin bodoh. Fitnah tak habis habis.

IGP knowing a person means he is involved in corruption ?.

Based on an article from Sarawak Report, the Pakatan supporters are now saying that IGP is corrupted because a top suspect arrested in the Melaka police bribery investigations is known to the IGP and his family.

IGP has confirmed knowing this person today but said he does not know what illegal activity this person does.

Knowing a person who is a suspect in a corruption case means that you are also implicated? What kind of logic is this?

If going by Pakatan supporters logic then all those who knew and was close to the Hunza boss and son who have been arrested and charged for corruption recently such as Lim Guan Eng, his wife Betty Chew, Penang EXCO Lim Hock Seng are also involved in corruption?

Or can we say that Penang EXCO Chow Kon Yeow is also involved in corruption because he knows and works with Lim Guan Eng who is charged with two counts of corruption?

Surely not. So, don't be foolish!

I like Sarawak Report to also publish such a link since I have already given them the evidence here in this photo compilation.

LSS.

Via My Facebook :
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10212028872708950&id=1587733405

Selasa, 13 Jun 2017

Perlukah RCI FGV & FELDA, Kenapa Tidak Tubuh RCI Siasat Penjualan Tanah Di Pulau Pinang 


Sebelum Kerajaan tubuh RCI untuk siasat Scandal FGV dan Felda.

Saya cadang Kerajaan terlebih dahulu tubuh RCI untuk menyiasat Penjualan Tanah dan Terowong di Pulau Pinang dahulu.

Ada setuju #LimGuanEng  #LimKitSiang ?.

#SavePenang.

Via Facebook Saya :
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10212020446378297&id=1587733405
------------------------------------------------------
Ruj: https://www.roketkini.com/2017/06/13/dap-gesa-kerajaan-tubuh-rci-siasat-skandal-fgv-felda/

PCM cadangkan Cukai Pelancongan dikenakan hanya kepada pelancong luar negara.

Kenyataan Media


PCM cadangkan Cukai Pelancongan dikenakan hanya kepada pelancong luar negara.

1. Saya merujuk kepada satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz baru - baru ini dimana beliau mengesahkan bahawa satu bentuk Cukai Pelancongan akan dilaksanakan di negara ini . Kadar cukai ini adalah antara RM2.50 dan RM20 untuk penginapan satu malam dan akan dikenakan kepada semua pelancong warga tempatan dan luar negara bermula 1 Julai ini.

Rujukan : http://www.astroawani.com/gaya-hidup/cukai-pelancongan-bermula-1-julai-nazri-aziz-145573

2. Pertama sekali,  bagi pihak PCM, saya ingin mencadangkan kepada Kerajaan Malaysia supaya memberi pertimbangan agar cukai ini dijalan dalam dua fasa dimana dalam fasa pertama cukai ini dilaksanakan, ianya hanya dikenakan keatas pelancong dari luar negara sejajar dengan slogan kerajaan Barisan Nasional (BN) iaitu Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

3. Sudah semestinya bagi pelancong luar negara, cukai RM 20.00 bagi hotel lima bintang ini hanya lebih kurang USD 5.00 bagi mereka dan ianya tidak akan mempengaruhi keputusan mereka untuk bercuti di Kuala Lumpur atau pun mana - mana tempat pelancongan di negara ini. Dengan cara ini, kerajaan dapat menambah dana bagi promosi pelancongan dan dalam masa yang sama rakyat tempatan tidak terbeban dengan cukai baru ini.

4. Saya berpendapat ini merupakan satu win - win situatuasi bagi semua pihak dan ianya juga dapat meredakan sedikit ketegangan yang berlaku diantara beberapa  Menteri Persekutuan dan juga dari Sabah dan Sarawak. Fasa kedua Cukai Pelancongan ini boleh dilaksanakan setelah beberapa interaksi serta townhall dilakukan bersama pemain industri dan persatuan hotel dimana persetujuan bersama dapat dicapai.

5. Konklusinya, PCM ambil maklum peruntukan kerajaan untuk Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan berkurangan secara mendadak sejak beberapa tahun ini, ekoran kejatuhan harga minyak dan gas asli dunia. Namun, dalam usaha kementerian menambahkan pendapatan mereka untuk meningkatkan industri pelancongan negara, ada beberapa cara lain yang boleh diterokai bersama bagi memastikan cukai ini diterima oleh semua pihak dengan cara yang baik kerana setahu saya selama ini Barisan Nasional ini adalah bukan merupakan sebuah parti Samseng dan rakan rakan dalam BN bolih duduk dan bincang bersama.

Rujukan : http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2017/06/12/nazri-akui-cukai-pelancongan-kerana-kerajaan-kurang-dana/

Terima Kasih

Datuk Huan Cheng Guan
Timbalan Presiden
Parti Cinta Malaysia (PCM)

Via Facebook Saya :
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10212017469703882&id=1587733405