Senarai Artikel

Sabtu, 8 Julai 2017

Masa untuk Lim Guan Eng jadi "anak jantan" dan jalankan semula pemilihan CEC parti DAP

*Kenyataan Media*


1. Saya merujuk kepada satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia (RoS) sebentar tadi dimana RoS telah membuat keputusan berlandaskan kepada Akta Pertubuhan 1966 dan perlembagaan Parti DAP itu sendiri bahawa pihak Parti DAP perlu mengadakan sekali lagi pemilihan semula Ahli Jawatankuasa Pusat (CEC) yang baharu.

Sumber : https://m.malaysiakini.com/news/387790

2. Perlu diingatkan bahawa skandal penipuan dalam pemilihan CEC DAP ini telah dilaporkan oleh ahli DAP sendiri dimana ahli DAP tidak berpuas hati dengan kepincangan terhadap proses-proses pemilihan semula CEC DAP yang dijalankan pada 29 September 2013 yang lalu.

3. Memandangkan keputusan telah dibuat oleh RoS. Saya kini berharap Lim Guan Eng serta bapa beliau tidak lagi "berdrama" dengan memberikan seribu satu alasan untuk tidak melakukan pemilihan semula CEC DAP. Jika Lim Guan Eng anak jantan sudah semestinya beliau akan berani bertanding dan mempertahankan jawatan Setiausaha Agung parti yang disandang beliau sekarang.

4. Keputusan yang dibuat oleh RoS ini juga secara rasminya membuktikan bahawa barisan tertinggi kepimpinan parti DAP telah menipu dalam pemilihan parti mereka pada pemilihan tahun 2013. Ini membuktikan mereka semua adalah hipokrit apabila mengkritik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) konon nya tidak telus dalam PRU tetapi mereka sendiri adalah kaki penipu dalam pemilihan parti mereka.

5. Saya berharap rakyat Malaysia buka mata dan lihat sendiri sikap hipokrit dan penipu pemimpin - pemimpin DAP ini. Adakah penipu sebegini yang kita mahu mentadbir kerajaan pada masa akan datang?

Terima Kasih

*Datuk Huan Cheng Guan*
*Timbalan Presiden*
*Parti Cinta Malaysia*